Tuesday, April 5, 2011

MAJLIS...."ANSAKOI"

Rombongan ke Majlis Ansakoi En. Steven Lewin

Kg. Balarom, Sepulut.


Rombongan kami diketuai oleh YB Tan Sri Joseph Kurup bersama dengan YB Datuk Ellron Angin, Rayner Francis Udog, Edward Yong, Raipian Emin, Ramian Ayub, Kahirin Bador, Roze Jumat, Ani, Arthur Joseph Kurup, Charles Ikang, Ronmandus Philip dan ramai lagi...1 April 2011


Komontilian Kohidasan pinokianu monguhan ahal Kolinik Kohidasan Nabawan: Tan Sri..

NABAWAN: Minongunsub di koniab i Puu parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup o Komontilian Kohidasan do maganu haang tosikap montok monguhan ahal projik kolinik kohidasan uvang i dinuanan au nopongo. Minoboos isido do kalaja di nokotood diho mantad po di tohu toun nakatahib.

Kurup, isido ponogi i Kumoduvo Montili Ontodonon Tinagas om Sandad Posoihi, minoboos do sabaagi hahansanon layat id uvang nokomoi, kinoponsohan kozo isido miampai kinodomutan kopoonjulan projik di apatut daa do opongo ontok vuhan Koduvo toun dumonto. “Iti nopo nga koumatan di pindad indad kozo do mogiigizon id uvang diti. Kikopuimanan zou do au ounsikou miampai kobuuon kavavagu diti, mositi o boogizan Komontilian Kohidasan do maganu haang tosikap om tokodou montok monguhan diho,” ka disido di kahapas minintong hivang panadaan kolinik kohidasan nokomoi do doiti.

Minoboos isido Kurup do isido om buuan ngaavi id uvang nokomoi, humansan do mooi o koumatan diho aanu papanaon om susuutonon do pongozon tumanud timpu di pinatantu. “Projik Kolinik Kohidasan diti apatut adadi agenda koiso tu mogiigizon do doiti momoguno kozo do hamin pongusapan. “Statistik kokomoi ningkokoton kohidasan dioho (mogiigizon) okon ko kosontob,” ka di Kurup, i pinapaanjul nogi piipio abaabazan kotoinaan kohidasan id uvang nokomoi, kaampai no miampai do Mercy Malaysia.

Tumanud kopoihaan mantad Kotinanan Mononombuhui Kolinik Kohidasan, notingkod o projik diho tu nokotoguvang kobohingkaangan kousinan o boogizan kuntiliktol. - Sabah times

SAPP Perlu Menerima Hakikat Ahli-ahlinya Sertai BN.....

Parti Maju Sabah(SAPP), perlu menerima hakikat bahawa terdapat ahli-ahlinya telah keluar parti dan menyertai Barisan Nasional(BN) melalui PBRS. Kemasukan seramai 171 ahli baru ke PBRS/BN di Kampung Sarikan, Nabawan telah membuktikan bahawa hanya kerajaan BN yang mampu membela nasib rakyat. Justeru, tidak perlu timbul soal untuk menafikan kebenaran yang hanya menampakkan SAPP semakin tersisih di hati rakyat.


Bagi PBRS yang diterajui oleh YB Tan Sri Joseph Kurup selaku Ahli Parlimen P. 182 Pensiangan, kemasukan 171 ahli baru ini adalah atas dasar kehendak mereka sendiri. Kemasukan ini menzahirkan betapa rakyat mahukan pembelaan daripada BN melalui PBRS. Sama ada, mereka yang telah menyertai PBRS adalah bekas ahli SAPP, PKR hakikatnya rakyat di Pensiangan amnya Negeri ini telah menolak pakatan pembangkang dan memilih BN untuk masa depan yang lebih cerah.


By: Rmn.Ab.

RM 4.9 juta untuk asrama & rumah guru di pedalaman...

PENSIANGAN: Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan RM4.9 juta bagi membiayai pembinaan bangunan asrama dan rumah guru di sekolah-sekolah pedalaman tiga di kawasan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Dr. Mohd Puad Zarkasi berkata, peruntukan itu membiayai pembinaan empat buah asrama masing-masing di Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran, SK. Sibangali, SK. Pensiangan dan SK. Salong serta rumah guru di SK Tinanduk.

Katanya, pembinaan bagi bangunan asrama dan rumah guru di sekolah-sekolah berkenaan sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan April ini. “Pembinaan asrama di sekolah-sekolah berkenaan akan memberi kemudahan kepada murid-murid yang sebelum ini sukar datang ke sekolah kerana rumah mereka jauh dari sekolah,” katanya semasa berucap dalam satu perjumpaan ringkasnya dengan guru-guru dan ibu bapa di SK. Pensiangan dalam siri lawatanya di SK. Saliliran, SK. Sibangali, SK. Pensiangan, SK. Tinanduk dan SK. Salong pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan Osman Aganduk, Guru Besar SK. Pensiangan Barati Amaron, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan Ahuar Rasam, beberapa AJK Bahagian, pergerakan wanita, pemuda dan puteri Umno Pensiangan.

Puad yang juga Ahli Majlis Teringgi Umno Malaysia berkata, Kerajaan sentiasa meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah-sekolah terpencil dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid dan guru-guru. Katanya, Kerajaan telah memberi peruntukan yang begitu besar untuk membiayai pembangunan pendidikan di negara ini iaitu kira-kira RM 29.3 bilion untuk pembiayaan pengurusan dan RM 64 bilion untuk pembangunan.“Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap pembangunan pendidikan di negara ini” katanya.

Mengenai dengan lawatanya, Puad berkata, lawatan pada kali ini adalah lawatan susulan di sekolah-sekolah yang pernah dilawatinya pada penghujung tahun lepas. Katanya, dalam siri lawatan pertamanya beliau dan rombongan terpaksa berjalan kaki meredah huta selama kira-kira lapan jam untuk sampai ke SK. Saliliran.

Pembinaan Klinik Kesihatan Nabawan: Bermasalah...

Tan Sri Joseph Kurup




Nabawan: Presiden PBRS, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan segera berkaitan dengan masalah pembinaan klinik kesihatan daerah yang terbengkalai sejak tiga bulan lepas.


YB Tan Sri Presiden yang juga merupakan Ahli Parlimen P. 182 Pensiangan menzahirkan rasa kekecewaannya di atas apa yang telah terjadi. Kelewatan projek ini sudah tentu memberi kesan yang besar kepada rakyat di kawasan Pensiangan yang mahukan sebuah kemudahan penting seperti klinik kesihatan. Lawatan mengejut beliau ke kawasan pembinaan klinik ini selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Sarikan, Nabawan.


Menurut sumber, kerja yang terbengkalai ini adalah disebabkan oleh masalah kewangan daripada pihak pemaju. Perkara ini tidak seharusnya berlaku, oleh kerana apabila sesebuah syarikat kontraktor diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek rakyat ianya perlu bersedia dari pelbagai aspek terutama soal kewangan.


Oleh itu, YB Tan Sri Presiden berharap masalah ini akan dapat ditangani segera oleh Kementerian kesihatan secara bijaksana.

Monday, March 28, 2011

Kelab Putera pastikan misi berjaya.


PUTRAJAYA: Misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Jepun yang bermula secara rasmi hari ini diakui berdepan dengan cabaran paling besar berbanding yang lain berikutan kesan pencemaran radiasi di negara berkenaan selain bencana gempa bumi dan tsunami. Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya sudah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan misi selama seminggu itu berjaya.


Antara langkah itu termasuk membawa dua pakar nuklear dari Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), 15 doktor pakar perubatan, kecemasan dan pengurusan bencana serta peralatan mengukur tahap radiasi bagi memastikan semua 50 sukarelawan dan wakil media yang menyertai misi kali ini sentiasa berada dalam keadaan selamat.


Malah, Abdul Azeez berkata dua pakar nuklear AELB serta lapan sukarelawan lain sudah pergi lebih awal ke Jepun bagi meninjau tahap keselamatan serta bacaan radiasi di negara terbabit. "Ini adalah misi paling bahaya sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia kerana Jepun berdepan dengan tiga bencana paling bahaya iaitu gempa bumi, tsunami dan krisis kebocoran reaktor nuklear sepanjang seminggu berada di sana.


"Justeru, kita menetapkan tiga tahap iaitu pertama ialah makan ubat; tahap kedua mendapatkan suntikan dan tahap ketiga balik ke tanah air lebih awal, sebelum misi ini berakhir iaitu pada 5 April depan," katanya ketika ditemui pemberita sebelum berangkat ke Jepun dengan menaiki pesawat AirAsia X bersama 40 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia dan wakil media di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, semalam.


Sebelum itu, Abdul Azeez menerima sumbangan pelbagai jenis barang makanan bernilai RM100,000 daripada kerajaan negeri Melaka yang disampaikan oleh Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam

TPM: '2010 tahun limpahan perubahan'

2010 adalah tahun permulaan baru untuk Malaysia. Ia adalah tahun kerajaan melancarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan selanjutnya, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang kedua-duanya bertujuan mengubah masa depan negara ini secara signifikan. Dengan hanya berbaki sembilan tahun saja lagi sebelum menjelangnya Wawasan 2020, kami sudah menggerakkan usaha membawa perubahan dan melonjak-kan Malaysia menjadi sebuah negara maju. Kami telah memulakan GTP dan dengan segera menggerak laju ke hadapan pada kepantasan yang bukan menjadi kebiasaan bagi kerajaan.


Matlamat kami hanyalah untuk membuahkan hasil yang besar lagi ketara sepantas mungkin dan sesungguhnya, itulah yang telah kami lakukan. GTP adalah berkaitan dengan pembinaan masa depan bagi segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira siapa, apa dan di mana juga mereka berada. Ia juga berkenaan dengan pautan pada harapan bahawa kita benar-benar akan dapat menjadi bangsa yang lebih mulia, lebih penyayang dan lebih harmoni.


Di samping itu GTP juga mempunyai hubungan dengan usaha membina masa depan yang mapan, iaitu semua rakyat Malaysia berpeluang menikmati manfaat daripada kualiti hidup lebih baik, tahap perkhidmatan yang amat berkesan dan cekap serta ekonomi yang berkembang maju dan berdaya saing pada peringkat global.Dengan menggerakkan inisiatif, antara lain seperti menyediakan peluang pendidikan kepada semua rakyat di seluruh pelosok negara, pembinaan infrastruktur asas di kawasan luar bandar dan juga penambahbaikan pengangkutan awam bandar di Lembah Klang, kita sebenarnya sudah mengorak langkah awal untuk memberikan kualiti hidup lebih baik kepada rakyat di kawasan berkenaan.


Hal ini bukanlah tugas yang mudah kerana terdapat banyak cabaran yang perlu diatasi, namun kerajaan bertekad untuk mewujudkan batu asas yang teguh lagi mapan yang akan memberi harapan serta masa depan lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Sewaktu GTP mula diperkenalkan, banyak persoalan dikemukakan mengenai konsep pelaksanaan keseluruhan GTP. Justeru, PEMANDU dibentuk dan ditugaskan untuk memantau pelaksanaan GTP selain memudahkan serta menyokong pelaksanaan kedua-dua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA).


Kami tidak mungkin memperoleh apa yang dicapai pada 2010 tanpa keazaman dan iltizam tinggi pelbagai kementerian dan seluruh jentera kerajaan yang bekerjasama secara erat dengan sektor swasta dan juga rakyat.Keterbukaan, semangat berpasukan, kerjasama erat, iaitu sebagai penyelesaian bagi mengelakkan pelaksanaan kerja secara bersendirian selain dialog secara berterusan adalah prasyarat penting bagi kejayaan yang diraih.Kami berasa rendah hati dan pada masa sama, sangat teruja menyaksikan sedemikian banyak kumpulan yang amat berbeza yang memperlihat kesanggupan untuk bergabung tenaga demi menghasilkan kejayaan yang gah lagi mengagumkan bagi tahun pertama pelaksanaan GTP.


Kami amat bersyukur dengan kemajuan dicapai oleh enam NKRA yang digerakkan oleh setiap kementerian dan disokong oleh banyak pihak. Komitmen ditunjukkan setiap kementerian serta hasil yang dikemukakan dalam laporan tahunan ini agak luar biasa jika dibandingkan dengan tempoh singkat diberikan kepada kami bagi menyempurnakan semua tugas yang telah berjaya dilaksanakan. Sebagaimana dijanjikan ketika pelancaran Pelan Hala Tuju GTP pada awal 2010, laporan tahunan ini menyatakan dengan jelas Prestasi Utama Nasional (NKPI) bagi kementerian-kementerian yang bertanggungjawab terhadap NKRA serta pelbagai kejayaan dan pencapaian mereka sehingga kini.


Laporan ini juga memberi sorotan terhadap cabaran dihadapi, misalnya bagaimana NKRA mengalami kesulitan atau kekurangan tertentu, meskipun kami telah sedaya upaya berusaha memberikan yang terbaik. Laporan ini juga menilai semula pengajaran penting dipelajari sepanjang 2010 dan merakamkan komitmen kami untuk melangkah ke tahap GTP berikutnya. Secara keseluruhannya, Laporan Tahunan GTP yang pertama ini adalah gambaran sesuai mengenai evolusi pantas Malaysia sepanjang tempoh setahun.


Dengan melangkah maju ke 2011, kami berazam melakukan pembaikan secara berterusan dan menetapkan sasaran lebih tinggi untuk dicapai. Meskipun kami berjaya menerobos banyak bidang, masih banyak lagi usaha penting yang harus dilakukan. Dalam usaha kita berpadu tenaga membawa perubahan positif terhadap negara yang tercinta ini, kami percaya semua pihak yang berkepentingan akan turut memberi sokongan padu. Kami tetap beriltizam berganding bahu dengan segenap lapisan rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama mahupun juga status sosial demi masa depan lebih baik, selaras dengan prinsip 1Malaysia ‘Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.’


Dalam debaran menanti tahun depan yang lebih mencabar dan dengan sasaran yang lebih tinggi untuk dicapai, kami tetap berasa yakin bahawa kami berkeupayaan mengotakan semua janji yang diberikan.


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Timbalan

Perdana Menteri

PM: 'Kita di landasan terbaik capai Wawasan 2020'

BAGI pihak Kerajaan Malaysia, saya amat berbesar hati dan berasa bertuah untuk berkongsi prestasi dan kemajuan dicapai oleh Program Transformasi Kerajaan (GTP) bersama-sama dengan anda.


Pada 2010, kita memutuskan untuk menghadapi cabaran yang amat sukar, iaitu menggerakkan Malaysia ke hadapan dengan cara yang belum pernah dilaksanakan sebelumnya. Bagi mencapai matlamat ini, kita telah memulakan GTP, program nekad untuk mentransformasikan secara radikal cara bekerja kerajaan agar dapat menghasilkan penyelesaian sebenar bagi isu-isu sebenar supaya kita dapat mara dengan langkah lebih teguh sebagai sebuah negara.


GTP diwujudkan berasaskan keprihatinan rakyat mengenai beberapa isu utama yang melanda negara. Sebagai sebuah pelan hala tuju yang mensasarkan peningkatan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, tumpuan GTP adalah untuk mempercepat penyampaian hasil-hasil ketara yang dapat dirasai dan dialami oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.Pelan hala tuju ini menjelaskan program secara terperinci dan tertumpu, dengan himpunan inisiatif tertentu dan bukan hanya sekadar satu rancangan makro semata-mata. Keseluruhan program ini berlandaskan premis bagi komitmen kerajaan di bawah sepanduk 1Malaysia “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.Terdapat enam tonggak atau Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam GTP berdasarkan perhatian rakyat yang paling mendesak, iaitu mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar serta mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar. Untuk mencapai NKRA ini dan menanganinya dengan penuh keyakinan dan dedikasi yang tidak henti-henti untuk mewujudkan sebuah negara berpendapatan tinggi, moden, makmur dan aman adalah matlamat kami, sejajar dengan semangat 1 Malaysia. Matlamat kita adalah untuk meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan taraf sosial. Laporan tahunan pertama GTP ini membuat penilaian terhadap semua yang berlaku pada Tahun 1 - Fasa 1 (2010-2012) GTP. Ia menonjolkan banyak kejayaan dicapai selain kelemahan yang ada, pengajaran penting yang dipelajari dan langkah seterusnya yang perlu diambil untuk mencapai Wawasan 2020.


Dalam melaksanakan GTP, kita telah mendengar dan mengadakan dialog dengan rakyat, membuka mata untuk melihat pelbagai perkara demi mencapai maksudnya yang sebenar dan menggariskan siri tindakan positif serta melaksanakan penyelesaian yang ketara secara agresif.Setahun lebih sudah berlalu, sama ada di sebalik tabir mahupun jelas pada pandangan mata rakyat, GTP sudah memperlihat kejayaan ketara dalam semua bidang NKRA. Sudah menjadi kelaziman, beberapa bidang menunjukkan kemajuan lebih besar berbanding dengan yang lain, namun itulah hakikatnya bagi mana-mana program berskala besar. Apa yang penting dalam pencapaian tahun pertama GTP ini ialah ia telah membawa bersama-sama dengannya angin perubahan yang melanda keseluruhan jentera kerajaan. Ia menyalakan minat dan kesungguhan baru kakitangan awam serta memberi cabaran kepada mereka yang lain untuk merealisasikan potensi penuh mereka dan melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.Setelah berlalunya tempoh setahun pelaksanaan, tibalah masanya untuk kita membentangkan hasil semua inisiatif kita. Dengan bangganya saya ingin menyatakan bahawa GTP yang diterajui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri memberi banyak hasil yang positif.


GTP melakar banyak kejayaan pertama yang belum pernah diraih sebelumnya yang secara langsung atau juga tidak langsung, meningkatkan taraf kehidupan jutaan rakyat. Kita juga telah meneroka ufuk baru dan kini berada di ambang kejayaan lebih besar lagi. Bagaimanapun kita juga menyedari bahawa kemenangan belum dapat diisytiharkan selagi matlamat kita untuk menjadi sebuah negara maju masih belum tercapai. Oleh yang demikian, kita akan terus berusaha dengan menetapkan sasaran lebih tinggi untuk kita bergerak maju ke hadapan.Kebanyakan sasaran ditetapkan di bawah GTP adalah besar dan ia dibentuk melalui proses usaha sama antara kumpulan cerdik pandai terbaik dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Dalam usaha memenuhi hasrat rakyat, kita telah membuktikan bahawa kerajaan sentiasa beriltizam untuk melakukan yang terbaik bagi menyampaikan hasil positif.Kejayaan dicapai ini juga diakui pihak ketiga yang terkenal dan bebas, termasuk pakar antarabangsa yang berwibawa daripada organisasi bereputasi baik. Pengesahan dan keyakinan diberikan mereka, mengukuhkan lagi usaha kita dalam tempoh setahun ini.Meskipun GTP pastinya tidak sunyi daripada kesangsian dan kritikan segelintir pihak, siapalah yang lebih baik daripada rakyat sendiri yang selayaknya menghakimi prestasi dan kemajuan dicapai oleh kami.


Kita percaya dokumen Laporan Tahunan GTP yang pertama ini menjadi bukti yang menunjukkan betapa Kerajaan Malaysia gigih berkhidmat untuk rakyat dan memacu usaha yang banyak bagi membawa perubahan kepada negara kita.Sebagaimana dijanjikan, keseluruhan prestasi GTP dan NKRA untuk 2010 disiarkan untuk tatapan umum tanpa sebarang prasangka. Dalam memastikan akauntabiliti dan ketelusan, kerajaan berhasrat untuk berkongsi segala kisahnya dengan pihak berkepentingan, sama ada ia berkaitan dengan kejayaan, kekurangan, rintangan mahupun pengajaran bermakna yang dipelajari sepanjang proses terbabit.Saya berasa yakin melalui Pelan Hala Tuju GTP, NKRA, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang berasaskan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRIs) serta sedemikian banyak inisiatif lain, kita pada hakikatnya, telah pun berada pada landasan terbaik untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020.


Tidak dinafikan perjalanan pada masa hadapan akan lebih mencabar, malah mungkin mengatasi cabaran yang dihadapi tahun lalu, namun kita mampu malah bersedia dan sanggup memikul tugas menjuarai usaha membawa hasil yang ketara lagi bermakna kepada rakyat.Melangkah penuh yakin ke hadapan, GTP akan terus mengenal pasti dengan jitu masalah sebenar dan menyampaikan penyelesaian ketara bertujuan mentransformasikan negara yang tercinta ini dan memberikan impak kepada rakyat, tanpa mengira siapa, apa dan di mana juga mereka berada. Dalam kita mengorak langkah yang gagah ke hadapan bersama-sama sebagai negara yang bersatu, saya ingin memberikan kepastian di sini bahawa tiada seorang pun warga Malaysia yang akan diabaikan atau dibiarkan ketinggalan.



DATUK SERI MOHD NAJIB ABDUL RAZAK

Perdana Menteri Malaysia

Tuesday, March 22, 2011

Rangkaian Maklumat PBRS Untuk Rakyat...

Facebook/ Unitpemimpinkemajuanrakyat Sook
Facebook/ Pensiangan Press
Blog/ www.upkrsook.blogspot.com
Blog/ www.Pensianganpress.blogspot.com
Facebook/ Pbrs hq
Facebook/ Pbrs Sook
Facebook/ Pbrs Kuamut
Facebook/ PBRS Matunggong
Facebook/ Aduan Rakyat Liawan
Blog/ www.pbrsonline.blogspot.com
Web site/ www.partipbrs.com

Majlis Ulang Tahun PBRS Ke-17, Hotel Juta Keningau Pada 18 March 2011(2)

Ketua Wanita menyampaikan hamper kepada pemenang

Barisan Exco Wanita PBRS yang hadir

Acara memotong kek beramai-ramai...Tahniah

Sambutan Hari Ulang Tahun disambut gembira

Hadiah Utama:..Kipas Besar, dimenangi oleh Pn. Zainun Khan





Majlis Ulang Tahun PBRS Ke-17, Hotel Juta Keningau Pada 18 March 2011

Hamper menjadi rebutan
Ketua Bahagian Nabawan turut menerima Hamper
Disampaikan oleh Tim . Presiden PBRS

Ucapan perasmian oleh YB Tan Sri Presiden Parti PBRS

Ucapan alu-alauan oleh Ketua Pergerakan Pemuda EXCO

Lagu PBRS





Sebaran maklumat untuk rakyat: PBRS...


Majlis Ulang Tahun PBRS Ke-17

Tuntutan PBRS

Lawatan sosial




Monday, March 7, 2011

Antara cabaran kami...... Lawatan Ke Kg.Pengaraan, Nabawan.

Beginilah panorama Kg Pangaraan, Nabawan. Kampung
yang agak terpencil di sempadan Malaysia-Indonesia

Tan Sri Presiden melihat dan merasai sendiri keperitan
yang dihadapi oleh rakyat

Turut sama mengeluarkan barangan dari lori

Istirehat sejenak agaknya...

Bersama dengan sebahagian Guru Sekolah SK Pangaraan, Nabawan.

Tersadai, ekoran keadaan jalan raya yang teruk.
Sukar untuk kenderaan melalui jalan ini.
Pacuan 4 Roda kenderaan utama ke sini

Kerjasama yang jitu amat diperlukan untuk
kami teruskan misi ke Pangaraan

Lagi satu kenderaan kami tersadai

Pacuan 4 Roda membawa kami ke Kg Pangaraan




















































Najib, Muhyiddin temui rakyat Sarawak 19 Mac

Najib dan Mahyuddin

Penjelajahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menemui rakyat yang bermula di Sarawak pada 19 Mac ini membabitkan pelbagai program yang dekat dengan rakyat. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak, Dr Stephen Rundi, berkata program turun padang dua pemimpin utama negara itu bermula di Serian, kira-kira 65 kilometer (km) dari sini.

Katanya, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengikuti laluan darat ke Kampung Semera di Sadong Jaya, Kota Samarahan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Beliau berkata, Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula menaiki helikopter untuk berkunjung ke Kampung Melayu di Lingga, Bahagian Sri Aman, kira-kira 300km dari sini.“Perdana Menteri dan timbalannya akan melakukan tinjauan mesra di kampung dan beramah mesra dengan penduduk setempat.
Kedua-dua pemimpin turut makan tengah hari di sana dan menjamah sajian tempatan. Tinjauan mesra dan lawatan ke kampung akan menghubungkan mereka dengan rakyat,” katanya. Dr Rundi berkata, lawatan Najib dan Muhyiddin sebahagian daripada pusingan pertama sesi bertemu rakyat yang akan diadakan di seluruh negara.
Bulan lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Operasi dan Pelaksanaan program itu, berkata pusingan pertama sesi dijangka selesai September ini, disusuli pusingan berikutnya yang akan diadakan sehingga berlangsung pilihan raya umum.

K'jaan peruntuk RM300 juta bantu rakyat miskin miliki rumah

Shafie Apdal


Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM300 juta tahun ini menerusi Program Bantuan Rumah kementerian itu untuk membantu rakyat miskin memiliki rumah sendiri.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kementerian berkenaan menyasarkan untuk membina kira-kira 9,000 buah rumah di bawah program itu berbanding 16,000 buah yang dibina tahun lalu. “Kita akan bantu rakyat memiliki rumah dengan membina rumah bernilai RM33,000 di Semenanjung dan bernilai RM45,000 di Sabah serta Sarawak untuk pastikan mereka ada rumah untuk didiami,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Selain itu, Shafie berkata kementerian juga akan menggalakkan golongan muda yang belajar di Pusat Giat Mara untuk terlibat dalam program berkenaan bagi membina dan membaik pulih rumah. “Kita mahu latihan yang mereka dapat dalam Giat Mara itu digunakan dalam program ini dan kita lihat setakat ini ramai yang berminat menyertai kita (kementerian) membina dan membaik pulih,” katanya.

Terdahulu, Shafie bersama dengan pelatih Pu- sat Giat Mara bergotong-royong mengecat rumah di Kampung Seri Ketumbit dekat sini bersama- sama kira-kira 200 penduduk kampung itu. Beliau turut meluangkan masa di Kampung Gunung Senyum dan beramah-mesra dengan penduduk dengan menaiki motosikal melawat dari rumah ke rumah.

EXCERPTS OF STATEMENT BY TAN SRI JOSEPH KURUP, AT THE 9TH SESSION OF THE UNITED NATIONS FORUM ON FORESTS (UNFF9), 31 Jan-7 February 2011

Tan Sri Joseph Kurup
DEPUTY MINISTER OF NATURAL RESOURCES AND ENVIRONMENT MALAYSIA

1. I am pleased to highlight that Malaysia is bestowed with relatively large tracts of natural tropical forest which covers about 56.4 percent of our total land area. Malaysia has managed its forests in accordance with sustainable forest management (SFM) practices. While focusing on economic growth and development, Malaysia will continue to give equal attention to promote conservation of its natural resources and environmental protection, and to utilize forest resources sustainably particularly for the benefit of the people dependent on it.

2. In Malaysia, forests play a significant role in the socio-economic development of the country. In this regard, Malaysia strongly upholds its commitment to bring development to the local and forest dependent communities, particularly in fulfilling its obligation towards poverty eradication through their involvement in the various government development programs. This is to ensure that they will not be left behind and enjoy the benefit of the country’s development and prosperity.

3. The Malaysian government is committed to ensure that the interest and the welfare of the local and forest dependent communities are protected through the creation of employment opportunities, skills and entrepreneurship training in forestry related small and medium scale industries. In addition, priorities are given for the local and forest dependent communities to actively involve and participate in various projects under the Five Year Malaysia Development Plan such as the national mangrove and coastline tree planting programs by local communities and non-governmental organizations (NGO); community forestry projects and involvement of local communities in ecotourism activities.

4. Malaysia is pleased to inform the meeting on the growing involvement of the private sectors and multinational corporations through their corporate social responsibility (CSR) programs in supporting SFM activities with the participation of local communities. Some examples of this innovative financial mechanism are reflected in the 26 Million Tree Planting Campaign, the Heart of Borneo Initiative, the Central Forest Spine Project, the Forest Rehabilitation and Management Programs as well as the Voluntary Carbon Offset Scheme (VCOS) Project.

5. Malaysia would like to stress that one of the pertinent issues in the implementation of SFM particularly in developing countries are insufficient financial resources and lack of environmentally sound technologies. Due to the immense cost involved, Malaysia believes that financing of SFM cannot be discussed within the context of national boundaries alone. There is an urgent need to mobilize increased, new and additional financial resources to enhance capacity development and transfer of environmentally sound technologies to developing countries in order to support efforts in implementing SFM that contribute to sustainable development and poverty eradication. Therefore, Malaysia strongly supports the proposal to establish the voluntary Global Forest Fund (GFF) for SFM to be considered at the 10th Session of the United Nations Forum on Forests in 2013.

6. Malaysia reiterates our commitment to the implementation of sustainable forest management. Realizing the importance of forest for economy, social and environmental stability, Malaysia is committed to maintain a minimum of 50 percent of its land area under forests and tree cover. Currently, about 56.4 percent of our land area is covered by forests.

7. Malaysia places great emphasis in the conservation and management of our forest resources on a sustainable manner which is costly, technically high and complex. We strongly uphold our commitment to improve the livelihood of our people and to fulfill our obligation in eradicating poverty. As a developing country, we are committed to mainstream the conservation and sustainable management of our biodiversity and forests in our socio-economic development agenda.

8. Malaysia welcomes Forests 2011 as an opportunity to highlight the importance of forests to all Malaysian, especially to strengthen our political commitment in achieving SFM as well as to increase awareness of the contribution of forests towards sustainable development. As the focal point, the Ministry of Natural Resources and Environment Malaysia will coordinate activities with the involvement of various government agencies, private sectors, local communities, children and NGOs, and the International Year of Forests will be officially launched on 21st March 2011, in conjunction with the World Forestry Day and World Wetland Day celebration. The week of 21st to 29th March 2011 will be declared as “Forests 2011 Week of Malaysia”. The events for Forests 2011 are being incorporated with the existing “26 Million Trees Planting Campaign” under the theme “Greening the Earth: One Malaysian One Tree”.

9. On that note, in the spirit of the Forests 2011 celebration, Malaysia would like to reiterate the urgent need to develop an effective approach for forest financing from all sources, capacity building and the transfer of environmentally sound technology to support the efforts of developing countries to manage their forest resources sustainably.

Sunday, March 6, 2011

9th Session of The United Nations Forum on Forests (UNFF9), 31 Jan-7 February 2011

Wakil Kerajaan Malaysia ke PBB
Gambar untuk kenangan
Ceria, namun membawa misi dan visi yang besar


Bersama Delagasi Malaysia Ke Forum Antarabangsa

Beri perhatian ketika dalam sesi dialog





PBRS sentiasa bersama rakyat..

Kick-Off oleh Tim. Presiden PBRS di Kejohanan Sukan Perpaduan
di Kg Panagatan Ulu, Keningau

Tan Sri Presiden menyampaikan sumbangan/Angpau
kepada warga emas Tahun Baru Cina 2011

Bersama rakyat di Laboh, Nabawan


Sambutan Hormat kepada Pemimpin kita



Balai Budaya Kg Labou, Nabawan





Antara Aktiviti PBRS

Penolong Pendaftar Pemilih sedang mendengar taklimat
17 Ahli PBRS juga turut terlibat
Sambutan hormat kepada Tan Sri dan Datuk Ellron Angin

Tinjauan Tan Sri ke Nabawan bersama Pegawai Daerah Nabawan


Sambutan Gong Xi Fa Cai P. 182 Pensiangan di Dewan Kg Ansip Tengah




Antara Program PBRS

Tan Sri Presiden melihat sendiri bahan pameran kraftangan tradisional
yang dipamerkan
Antara cabaran ke Kg Pangaraan, Nabawan

Bersama generasi muda, aset masa depan negara



Thursday, January 6, 2011

Jadual Tan Sri Presiden/ Tim. Presiden PBRS

Jadual pergerakan Tan Sr Presiden PBRS
Ahli Parlimen P. 182 Pensiangan.

Tarikh : 14 Januari 2011
Masa : jam 2.00 pm
Tempat : Rumah Kediaman En Paulus Aip Kg Masusun
Perkara : Perasmian Cawangan PBRS & Pemimpin Bersama Rakyat


Tarikh : 15 Januari 2011
Tempat : Kg Kuala Biah, Jam 11.00 pagi
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat

Tempat : Kg Mempulut, jam 2.00 petang
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat

Tarikh : 16 Januari 2011, jam 2.00 pm
Tempat : Kg Bunang Laut ( Ditunda )
Perkara : Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Penerimaan Boranmg Keahlian

Monday, January 3, 2011

Rumah Terbuka Krismas 2010 P. 182 Pensiangan di Nabawan

Para tetamu sedang menjamu selera
Cabutan Tiket Bertuah oleh Tan Sri Presiden

Ketua Pemuda PBRS N. 37 Sook turut hadir

Derma untuk Orang Kurang Upaya

Acara memotong kek turut diadakan