Monday, March 28, 2011

Kelab Putera pastikan misi berjaya.


PUTRAJAYA: Misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Jepun yang bermula secara rasmi hari ini diakui berdepan dengan cabaran paling besar berbanding yang lain berikutan kesan pencemaran radiasi di negara berkenaan selain bencana gempa bumi dan tsunami. Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya sudah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan misi selama seminggu itu berjaya.


Antara langkah itu termasuk membawa dua pakar nuklear dari Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), 15 doktor pakar perubatan, kecemasan dan pengurusan bencana serta peralatan mengukur tahap radiasi bagi memastikan semua 50 sukarelawan dan wakil media yang menyertai misi kali ini sentiasa berada dalam keadaan selamat.


Malah, Abdul Azeez berkata dua pakar nuklear AELB serta lapan sukarelawan lain sudah pergi lebih awal ke Jepun bagi meninjau tahap keselamatan serta bacaan radiasi di negara terbabit. "Ini adalah misi paling bahaya sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia kerana Jepun berdepan dengan tiga bencana paling bahaya iaitu gempa bumi, tsunami dan krisis kebocoran reaktor nuklear sepanjang seminggu berada di sana.


"Justeru, kita menetapkan tiga tahap iaitu pertama ialah makan ubat; tahap kedua mendapatkan suntikan dan tahap ketiga balik ke tanah air lebih awal, sebelum misi ini berakhir iaitu pada 5 April depan," katanya ketika ditemui pemberita sebelum berangkat ke Jepun dengan menaiki pesawat AirAsia X bersama 40 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia dan wakil media di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, semalam.


Sebelum itu, Abdul Azeez menerima sumbangan pelbagai jenis barang makanan bernilai RM100,000 daripada kerajaan negeri Melaka yang disampaikan oleh Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam

No comments:

Post a Comment