Najib dan Mahyuddin
Penjelajahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menemui rakyat yang bermula di Sarawak pada 19 Mac ini membabitkan pelbagai program yang dekat dengan rakyat. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak, Dr Stephen Rundi, berkata program turun padang dua pemimpin utama negara itu bermula di Serian, kira-kira 65 kilometer (km) dari sini.
Katanya, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengikuti laluan darat ke Kampung Semera di Sadong Jaya, Kota Samarahan, kira-kira 100 kilometer dari sini.
Katanya, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengikuti laluan darat ke Kampung Semera di Sadong Jaya, Kota Samarahan, kira-kira 100 kilometer dari sini.
Beliau berkata, Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula menaiki helikopter untuk berkunjung ke Kampung Melayu di Lingga, Bahagian Sri Aman, kira-kira 300km dari sini.“Perdana Menteri dan timbalannya akan melakukan tinjauan mesra di kampung dan beramah mesra dengan penduduk setempat.
Kedua-dua pemimpin turut makan tengah hari di sana dan menjamah sajian tempatan. Tinjauan mesra dan lawatan ke kampung akan menghubungkan mereka dengan rakyat,” katanya. Dr Rundi berkata, lawatan Najib dan Muhyiddin sebahagian daripada pusingan pertama sesi bertemu rakyat yang akan diadakan di seluruh negara.
Bulan lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Operasi dan Pelaksanaan program itu, berkata pusingan pertama sesi dijangka selesai September ini, disusuli pusingan berikutnya yang akan diadakan sehingga berlangsung pilihan raya umum.
Pucuk Pimpinan BN amat prihatin kepada rakyat...Rakyat didahulukan, pencapaian diuatamakan......
ReplyDelete