Tuesday, April 5, 2011

MAJLIS...."ANSAKOI"

Rombongan ke Majlis Ansakoi En. Steven Lewin

Kg. Balarom, Sepulut.


Rombongan kami diketuai oleh YB Tan Sri Joseph Kurup bersama dengan YB Datuk Ellron Angin, Rayner Francis Udog, Edward Yong, Raipian Emin, Ramian Ayub, Kahirin Bador, Roze Jumat, Ani, Arthur Joseph Kurup, Charles Ikang, Ronmandus Philip dan ramai lagi...1 April 2011


Komontilian Kohidasan pinokianu monguhan ahal Kolinik Kohidasan Nabawan: Tan Sri..

NABAWAN: Minongunsub di koniab i Puu parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup o Komontilian Kohidasan do maganu haang tosikap montok monguhan ahal projik kolinik kohidasan uvang i dinuanan au nopongo. Minoboos isido do kalaja di nokotood diho mantad po di tohu toun nakatahib.

Kurup, isido ponogi i Kumoduvo Montili Ontodonon Tinagas om Sandad Posoihi, minoboos do sabaagi hahansanon layat id uvang nokomoi, kinoponsohan kozo isido miampai kinodomutan kopoonjulan projik di apatut daa do opongo ontok vuhan Koduvo toun dumonto. “Iti nopo nga koumatan di pindad indad kozo do mogiigizon id uvang diti. Kikopuimanan zou do au ounsikou miampai kobuuon kavavagu diti, mositi o boogizan Komontilian Kohidasan do maganu haang tosikap om tokodou montok monguhan diho,” ka disido di kahapas minintong hivang panadaan kolinik kohidasan nokomoi do doiti.

Minoboos isido Kurup do isido om buuan ngaavi id uvang nokomoi, humansan do mooi o koumatan diho aanu papanaon om susuutonon do pongozon tumanud timpu di pinatantu. “Projik Kolinik Kohidasan diti apatut adadi agenda koiso tu mogiigizon do doiti momoguno kozo do hamin pongusapan. “Statistik kokomoi ningkokoton kohidasan dioho (mogiigizon) okon ko kosontob,” ka di Kurup, i pinapaanjul nogi piipio abaabazan kotoinaan kohidasan id uvang nokomoi, kaampai no miampai do Mercy Malaysia.

Tumanud kopoihaan mantad Kotinanan Mononombuhui Kolinik Kohidasan, notingkod o projik diho tu nokotoguvang kobohingkaangan kousinan o boogizan kuntiliktol. - Sabah times

SAPP Perlu Menerima Hakikat Ahli-ahlinya Sertai BN.....

Parti Maju Sabah(SAPP), perlu menerima hakikat bahawa terdapat ahli-ahlinya telah keluar parti dan menyertai Barisan Nasional(BN) melalui PBRS. Kemasukan seramai 171 ahli baru ke PBRS/BN di Kampung Sarikan, Nabawan telah membuktikan bahawa hanya kerajaan BN yang mampu membela nasib rakyat. Justeru, tidak perlu timbul soal untuk menafikan kebenaran yang hanya menampakkan SAPP semakin tersisih di hati rakyat.


Bagi PBRS yang diterajui oleh YB Tan Sri Joseph Kurup selaku Ahli Parlimen P. 182 Pensiangan, kemasukan 171 ahli baru ini adalah atas dasar kehendak mereka sendiri. Kemasukan ini menzahirkan betapa rakyat mahukan pembelaan daripada BN melalui PBRS. Sama ada, mereka yang telah menyertai PBRS adalah bekas ahli SAPP, PKR hakikatnya rakyat di Pensiangan amnya Negeri ini telah menolak pakatan pembangkang dan memilih BN untuk masa depan yang lebih cerah.


By: Rmn.Ab.

RM 4.9 juta untuk asrama & rumah guru di pedalaman...

PENSIANGAN: Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan RM4.9 juta bagi membiayai pembinaan bangunan asrama dan rumah guru di sekolah-sekolah pedalaman tiga di kawasan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Dr. Mohd Puad Zarkasi berkata, peruntukan itu membiayai pembinaan empat buah asrama masing-masing di Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran, SK. Sibangali, SK. Pensiangan dan SK. Salong serta rumah guru di SK Tinanduk.

Katanya, pembinaan bagi bangunan asrama dan rumah guru di sekolah-sekolah berkenaan sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan April ini. “Pembinaan asrama di sekolah-sekolah berkenaan akan memberi kemudahan kepada murid-murid yang sebelum ini sukar datang ke sekolah kerana rumah mereka jauh dari sekolah,” katanya semasa berucap dalam satu perjumpaan ringkasnya dengan guru-guru dan ibu bapa di SK. Pensiangan dalam siri lawatanya di SK. Saliliran, SK. Sibangali, SK. Pensiangan, SK. Tinanduk dan SK. Salong pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan Osman Aganduk, Guru Besar SK. Pensiangan Barati Amaron, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan Ahuar Rasam, beberapa AJK Bahagian, pergerakan wanita, pemuda dan puteri Umno Pensiangan.

Puad yang juga Ahli Majlis Teringgi Umno Malaysia berkata, Kerajaan sentiasa meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah-sekolah terpencil dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid dan guru-guru. Katanya, Kerajaan telah memberi peruntukan yang begitu besar untuk membiayai pembangunan pendidikan di negara ini iaitu kira-kira RM 29.3 bilion untuk pembiayaan pengurusan dan RM 64 bilion untuk pembangunan.“Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap pembangunan pendidikan di negara ini” katanya.

Mengenai dengan lawatanya, Puad berkata, lawatan pada kali ini adalah lawatan susulan di sekolah-sekolah yang pernah dilawatinya pada penghujung tahun lepas. Katanya, dalam siri lawatan pertamanya beliau dan rombongan terpaksa berjalan kaki meredah huta selama kira-kira lapan jam untuk sampai ke SK. Saliliran.

Pembinaan Klinik Kesihatan Nabawan: Bermasalah...

Tan Sri Joseph Kurup




Nabawan: Presiden PBRS, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup menggesa agar Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan segera berkaitan dengan masalah pembinaan klinik kesihatan daerah yang terbengkalai sejak tiga bulan lepas.


YB Tan Sri Presiden yang juga merupakan Ahli Parlimen P. 182 Pensiangan menzahirkan rasa kekecewaannya di atas apa yang telah terjadi. Kelewatan projek ini sudah tentu memberi kesan yang besar kepada rakyat di kawasan Pensiangan yang mahukan sebuah kemudahan penting seperti klinik kesihatan. Lawatan mengejut beliau ke kawasan pembinaan klinik ini selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Sarikan, Nabawan.


Menurut sumber, kerja yang terbengkalai ini adalah disebabkan oleh masalah kewangan daripada pihak pemaju. Perkara ini tidak seharusnya berlaku, oleh kerana apabila sesebuah syarikat kontraktor diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek rakyat ianya perlu bersedia dari pelbagai aspek terutama soal kewangan.


Oleh itu, YB Tan Sri Presiden berharap masalah ini akan dapat ditangani segera oleh Kementerian kesihatan secara bijaksana.

Monday, March 28, 2011

Kelab Putera pastikan misi berjaya.


PUTRAJAYA: Misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Jepun yang bermula secara rasmi hari ini diakui berdepan dengan cabaran paling besar berbanding yang lain berikutan kesan pencemaran radiasi di negara berkenaan selain bencana gempa bumi dan tsunami. Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya sudah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan misi selama seminggu itu berjaya.


Antara langkah itu termasuk membawa dua pakar nuklear dari Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), 15 doktor pakar perubatan, kecemasan dan pengurusan bencana serta peralatan mengukur tahap radiasi bagi memastikan semua 50 sukarelawan dan wakil media yang menyertai misi kali ini sentiasa berada dalam keadaan selamat.


Malah, Abdul Azeez berkata dua pakar nuklear AELB serta lapan sukarelawan lain sudah pergi lebih awal ke Jepun bagi meninjau tahap keselamatan serta bacaan radiasi di negara terbabit. "Ini adalah misi paling bahaya sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia kerana Jepun berdepan dengan tiga bencana paling bahaya iaitu gempa bumi, tsunami dan krisis kebocoran reaktor nuklear sepanjang seminggu berada di sana.


"Justeru, kita menetapkan tiga tahap iaitu pertama ialah makan ubat; tahap kedua mendapatkan suntikan dan tahap ketiga balik ke tanah air lebih awal, sebelum misi ini berakhir iaitu pada 5 April depan," katanya ketika ditemui pemberita sebelum berangkat ke Jepun dengan menaiki pesawat AirAsia X bersama 40 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia dan wakil media di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, semalam.


Sebelum itu, Abdul Azeez menerima sumbangan pelbagai jenis barang makanan bernilai RM100,000 daripada kerajaan negeri Melaka yang disampaikan oleh Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam

TPM: '2010 tahun limpahan perubahan'

2010 adalah tahun permulaan baru untuk Malaysia. Ia adalah tahun kerajaan melancarkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan selanjutnya, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang kedua-duanya bertujuan mengubah masa depan negara ini secara signifikan. Dengan hanya berbaki sembilan tahun saja lagi sebelum menjelangnya Wawasan 2020, kami sudah menggerakkan usaha membawa perubahan dan melonjak-kan Malaysia menjadi sebuah negara maju. Kami telah memulakan GTP dan dengan segera menggerak laju ke hadapan pada kepantasan yang bukan menjadi kebiasaan bagi kerajaan.


Matlamat kami hanyalah untuk membuahkan hasil yang besar lagi ketara sepantas mungkin dan sesungguhnya, itulah yang telah kami lakukan. GTP adalah berkaitan dengan pembinaan masa depan bagi segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira siapa, apa dan di mana juga mereka berada. Ia juga berkenaan dengan pautan pada harapan bahawa kita benar-benar akan dapat menjadi bangsa yang lebih mulia, lebih penyayang dan lebih harmoni.


Di samping itu GTP juga mempunyai hubungan dengan usaha membina masa depan yang mapan, iaitu semua rakyat Malaysia berpeluang menikmati manfaat daripada kualiti hidup lebih baik, tahap perkhidmatan yang amat berkesan dan cekap serta ekonomi yang berkembang maju dan berdaya saing pada peringkat global.Dengan menggerakkan inisiatif, antara lain seperti menyediakan peluang pendidikan kepada semua rakyat di seluruh pelosok negara, pembinaan infrastruktur asas di kawasan luar bandar dan juga penambahbaikan pengangkutan awam bandar di Lembah Klang, kita sebenarnya sudah mengorak langkah awal untuk memberikan kualiti hidup lebih baik kepada rakyat di kawasan berkenaan.


Hal ini bukanlah tugas yang mudah kerana terdapat banyak cabaran yang perlu diatasi, namun kerajaan bertekad untuk mewujudkan batu asas yang teguh lagi mapan yang akan memberi harapan serta masa depan lebih baik untuk semua rakyat Malaysia. Sewaktu GTP mula diperkenalkan, banyak persoalan dikemukakan mengenai konsep pelaksanaan keseluruhan GTP. Justeru, PEMANDU dibentuk dan ditugaskan untuk memantau pelaksanaan GTP selain memudahkan serta menyokong pelaksanaan kedua-dua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA).


Kami tidak mungkin memperoleh apa yang dicapai pada 2010 tanpa keazaman dan iltizam tinggi pelbagai kementerian dan seluruh jentera kerajaan yang bekerjasama secara erat dengan sektor swasta dan juga rakyat.Keterbukaan, semangat berpasukan, kerjasama erat, iaitu sebagai penyelesaian bagi mengelakkan pelaksanaan kerja secara bersendirian selain dialog secara berterusan adalah prasyarat penting bagi kejayaan yang diraih.Kami berasa rendah hati dan pada masa sama, sangat teruja menyaksikan sedemikian banyak kumpulan yang amat berbeza yang memperlihat kesanggupan untuk bergabung tenaga demi menghasilkan kejayaan yang gah lagi mengagumkan bagi tahun pertama pelaksanaan GTP.


Kami amat bersyukur dengan kemajuan dicapai oleh enam NKRA yang digerakkan oleh setiap kementerian dan disokong oleh banyak pihak. Komitmen ditunjukkan setiap kementerian serta hasil yang dikemukakan dalam laporan tahunan ini agak luar biasa jika dibandingkan dengan tempoh singkat diberikan kepada kami bagi menyempurnakan semua tugas yang telah berjaya dilaksanakan. Sebagaimana dijanjikan ketika pelancaran Pelan Hala Tuju GTP pada awal 2010, laporan tahunan ini menyatakan dengan jelas Prestasi Utama Nasional (NKPI) bagi kementerian-kementerian yang bertanggungjawab terhadap NKRA serta pelbagai kejayaan dan pencapaian mereka sehingga kini.


Laporan ini juga memberi sorotan terhadap cabaran dihadapi, misalnya bagaimana NKRA mengalami kesulitan atau kekurangan tertentu, meskipun kami telah sedaya upaya berusaha memberikan yang terbaik. Laporan ini juga menilai semula pengajaran penting dipelajari sepanjang 2010 dan merakamkan komitmen kami untuk melangkah ke tahap GTP berikutnya. Secara keseluruhannya, Laporan Tahunan GTP yang pertama ini adalah gambaran sesuai mengenai evolusi pantas Malaysia sepanjang tempoh setahun.


Dengan melangkah maju ke 2011, kami berazam melakukan pembaikan secara berterusan dan menetapkan sasaran lebih tinggi untuk dicapai. Meskipun kami berjaya menerobos banyak bidang, masih banyak lagi usaha penting yang harus dilakukan. Dalam usaha kita berpadu tenaga membawa perubahan positif terhadap negara yang tercinta ini, kami percaya semua pihak yang berkepentingan akan turut memberi sokongan padu. Kami tetap beriltizam berganding bahu dengan segenap lapisan rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama mahupun juga status sosial demi masa depan lebih baik, selaras dengan prinsip 1Malaysia ‘Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.’


Dalam debaran menanti tahun depan yang lebih mencabar dan dengan sasaran yang lebih tinggi untuk dicapai, kami tetap berasa yakin bahawa kami berkeupayaan mengotakan semua janji yang diberikan.


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN Timbalan

Perdana Menteri