Tuesday, November 9, 2010

Pembangunan tanah Mukim Dalit berjaya ubah taraf hidup penduduk l-bandar

Keningau, Timbalan Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar Malaysia YB Tan Sri Jospeh Kurup berkata, pembangunan tanah di Mukim Dalit berjaya mengubah taraf hidup penduduk luar bandar. "Kuasa beli rakyat semakin pulih", katanya semasa ditemui selepas merasmikan Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Punggol, Dalit.

Menurut Tan Sri Kurup mukim ini adalah antara kawasan terpencil di kawasan Parlimen Pensiangan. Purata pendapatan penduduk di kawasan ini, sebelumnya mempunyai sumber pendapatan yang tidak menentu. Kebanyakan mereka bersandarkan hasil hutan untuk meneruskan kehidupan harian. Hari ini cara hidup tradisi itu telah bertukar menyaksikan kebanyakan penduduk menikmati gaya hidup baru hasil usaha kerajaan selama ini.

Tan Sri Kurup berakata, kejayaan pembangunan kelapa sawit di Dalit Estet adalah salah satu contoh pandangan jauh pemimpin terhadap rakyat. Selain itu, Tan Sri Kurup juga telah mengumumkan jalan raya Ansip -Dalit dinaik taraf pada tahun 2011-2012. Semasa majlis tersebut, sebanyak RM 557,373,52 dividen diberikan kepada peserta yang terlibat dengan LKTNS.

Sekian.














1 comment:

  1. "Pada mulanya, pembangunan tanah Mukim Dalit mendapat tentangan dari penduduknya pada tahun 1997. Bagaimanapun, akhirnya usaha ini telah mendatangkan keyakinan kepada penduduk".

    -Tan Sri Joseph Kurup - Presiden PBRS.

    ReplyDelete