Wakil Ketua Anak Negeri(WKAN), Ketua Kampung perlu berperanan untuk menjaga adat istiadat kata Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup. Menurutnya, kedua-dua pemimpin ini telahpun diberikan kuasa oleh undang-undang berasaskan adat istiadat untuk budaya masyarakat terus terpelihara. Tan Sri Kurup berkata demikian ketika menyampaikan watikah perlantikan kepada WKAN dan Ketua Kampung yang baru di Pejabat Daerah Kecil Sook Jumaat lepas.
Turut hadir semasa dalam majlis tersebut ialah ADUN N. 37 Sook YB Datuk Ellron Angin, Penolong Pegawai Daerah Kecil Sook Jasli Tindi, PKR Sook Charles Ikang, Ketua Daerah Sook Yunus Kimin serta pemimpin-pemimpin masyarkat.
Dalam majlis yang sama juga, Timbalan Presiden PBRS yang juga ADUN N. 37 Sook YB Datuk Ellron Angin berkata, perlantikan sebagai WKAN dan Ketua Kampung adalah daripada kepercayaan rakyat dan pemimpin. Oleh yang demikian kedua-dua pemimpin ini perlu mempertahankan perpaduan, adat dan kedudukan BN diperingkat kampung.
Tahniah kepada WKAN dan Ketua Kampung yang baru...
ReplyDelete